Saturday 29 June 2013

Saidina Khalid al-Walid r.a

"Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan menerima bencana masing-masing". -Khalid-
"Tiada perempuan dimuka bumi ini dapat melahirkan anak seperti Khalid al-Walid". Khalifah Abu Bakar as-Siddiq.
"Betulkan tuhan kamu telah menganugerahkan sebilah pedang kepada Rasul kamu dan Rasul kamu memberikan pedang itu kepada kamu dan pedang itu apabila dihayunkan kepada seseorang sudah tentu ia akan rebah ke muka bumi ini dan mati? -Panglima George-
Rasulullah berkata, "Empayar Parsi dan Rom akan jatuh ke tangan orang Islam selepas kewafatanku". Hadith itu benar dan terjadi semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan diteruskan semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Khalid al-Walid memimpin tentera Islam bagi menumpaskan dua kerajaan yang terbesar didunia itu.
Nama: Khalid bin al-Walid bin al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqzah bin Marrah al-Makhzumi.
Nama Ibu: Lababah al-Sughra binti al-Harith. Adik kepada Maimunah binti al-Harith, isteri Rasulullah.
Gelaran: Saifullah(Pedang Allah Yang Terhunus)
Panggilan: Abu Sulaiman(Bapa kepada anak sulungnya, Sulaiman bin Khalid)
Keturunan: Arab Quraisy daripada suku bani Makhzum(Bangsawan yang dihormati).
Tarikh Lahir: 584 Masihi- bersamaan dengan kelahiran Umar al-Khattab. 13 tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad.
Tarikh Meninggal Dunia: 21 Hijrah bersamaan dengan 642 Masihi, 58 tahun.

_________________________________________________________________________________

Khalid al-Walid
Khalid al-Walid, satu nama agung yang menampakkan ciri-ciri lelaki yang memiliki nama tersebut. Beliau ialah tentera Islam yang paling banyak memberikan sumbangan kepada penyebaran syiar Islam. Moyangnya, Marrah al-Makhzumi telah bertemu nasabnya(Keturunan) dengan Nabi Muhammad dan Abu Bakar as-Siddiq. Dalam erti lain, Khalid al-Walid, Nabi Muhammad dan Abu Bakar as-Siddiq daripada keturunan yang sama. Khalid al-Walid dilahirkan didalam keluarga yang dihormati kerana bapanya, al-Walid bin al-Mughirah adalam pembesar Quraisy yang dihormati kaumnya. Sejak kecil lagi, Khalid telah dipupuk didalam bidang perperangan.




Monday 15 April 2013

Saidina Umar al-Khattab r.a




Saidina Umar al-Khattab r.a
Pentadbir Yang Ulung.
Nama Sebenar: Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Abdillah bin Qarth bin Razaah bin Adi bin Kaab.
Nama Ibu: Hantamah binti al-Harith.
Gelaran: Al-Faruq.
Panggilan. Abu Hafsin.
Keturunan: Arab Quraisy dari suku Bani Adi.
Tarikh Lahir: 584 Masihi. 13 tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Tarikh lantikan khalifah: 634 Masihi.
Tempoh lantikan: 10 tahun 3 bulan.
Tarikh M/Dunia: 23 Hijrah bersamaan 644 Masihi. 63 tahun.

Umar al-Khattab dan Khalid al Walid.

Umar al-Khattab dan Khalid bin al-Walid adalah nama panglima agung di dunia. Sesiapa yang terdengar nama Umar al-Khattab. Maka bersembunyilah dia didalam rumah. Sesiapa yang terdengar nama Khalid al-Walid. Maka beliau ketahuilah bertapa dashyatnya Khalid al-Walid. Umar dengan Khalid ialah sepupu kerana Lababah binti al-Harith(Ibu Khalid) adalah adik kandung kepada Hantamah binti al-Harith(Ibu Umar). Semasa kecil-kecil dahulu, Umar dan Khalid adalah pemuda yang paling gagah. Umar dan Khalid selalu bergusti. Tetapi Khalid selalu menang. Adapun Umar menang tetapi hany sekali. Umar al-Khattab berjiwa tegas. Berjiwa pemimpin. Dan orang yang boleh memisahkan antara Zahir dengan Batin. Khalid adalah pahlawan islam yang terunggul. Digelar Saifullah atas sifatnya yang berani, lemah lembut, pantang dicabar dan penyabar. Khalid dan Umar adalah sebaya. Ada riwayat yang mengatakan bahawa rupa paras, tubuh badan dan ketinggian Umar dan Khalid sama sampai ada yang keliru tentang mereka berdua. Jadi kesimpulan daripada kisah ini, Umar al-Khattab dan Khalid al-Walid daripada sebuah keluarga dan mereka adalah sepupu. Bezanya Umar daripada bani Adi dan Khalid daripada bani Makhzum.

Keislaman Umar.
Umar al-Khattab adalah panglima dan bangsawan juga pembesar besar di Mekah yang terkenal di negara Arab dengan keberaniannya. Beliau sangat memusuhi Islam. Beliau yang menjaga masyarakat Jahiliyah di zamannya. Dan pantang dicabar. Pada suatu hari, Abu Jahal dan rakan-rakannya semakin hari semakin kusut dengan Nabi Muhammad. Jadi mereka pun berbincang. "Sesiapa yang berjaya membunuh Muhammad, aku akan hadiahkan 100 ekor unta dan 1000 dinar kepadanya". kata Abu Jahal. "Tetapi, siapakah yang berani membunuh Muhammad? Sedangkan ramai pahlawan yang kita upah untuk membunuh Muhammad tetapi gagal" kata salah seorang daripada kawan Abu Jahal, Abu Sufian bin Harb. "Aku mencadangkan anak al-Khattab" kata Abu Jahal. "Maksud engkau, Umar?". "Ya, dia seorang yang berani". Jawab Abu Jahal. "Aku bersetuju" balas rakan-rakannya yang lain. Keesokkan harinya, mereka semua mahu bertemu Umar dan mengatakan hal yang demikian. Dan Umar bersetuju. Maka Umar mengambil pedangnya dan bertanya, "Dimanakah si durjana itu?". "Beliau ada dirumah Arqam bin Abi Arqam di bukit Safa". "Aku akan membawa kepalanya kepada kamu!". Lalu, Umar pergi ke menuju kerumah Arqam bin Abi Arqam dengan pedangnya yang terhunus. Dipertengahan jalan beliau terserempak dengan Nu'aim bin Mas'ud dan betanya, "Kemanakah kamu hendak pergi, anak al-Khattab?". "Aku mahu membunuh Muhammad. Jangan engkau masuk campur hal urusan aku!" tengking Umar. "Adakah engkau fikir bahawa kaum kerabatnya akan berdiam diri dan berpangku tangan?" balas Nu'aim. Umar terdiam sebentar, dia tahu kemungkinan bapa saudaranya Hamzah takkan membiarkan dia hidup senang-lenang selepas membunuh Muhammad. Dalam beberapa ketika, dia bersuara semula. "Tiada sesiapa yang dapat menghalang aku. Sekiranya engkau mahu menghalang aku. Engkau akan kubunuh!" marah Umar sambil pedangnya terhunus. Ternyata ego Umar amat tinggi. "Sekiranya aku dan Muhammad engkau mahu bunuh. Mengapa kamu tidak membunuh adikmu, Fatimah dan suaminya? Adakah kamu tidak menjaga adikmu sendiri?". "Adakah adikku dan suaminya telah memeluk agama Muhammad?" tanya Umar kehairanan. "Ya, malahan tanpa pengetahuan kamu". Lalu Umar meninggalkan Nu'aim dan pergi menuju kerumah Fatimah binti al-Khattab. Dia mengetuk pintu rumah dengan kuat. Fatimah yang sedang membaca al-Quran terkejut dan bertanya, "Siapakah yang berada diluar?". "Aku, abangmu". Mereka semua terkejut dengan kehadiran Umar al-Khattab. Khabbab bin al-Aradh menyorok. Said bin Zaid membuka pintu. Adakah kamu berdua telah memeluk agama Muhammad? Tanya Umar. Lalu Umar memukul kepala Said bertubi-tubi dan kuat. Fatimah tidak berdiam diri apabila melihat suaminya dipukul. Dia cuba meleraikan tetapi dia kepalanya pula dipukul oleh Umar sehingga berdarah. Umar melihat ada tulisan al-Quran yang dicatat berada di tangan adiknya. Lalu beliau bertanya, "Apakah yang kamu pegang itu wahai Fatimah?. Aku memegang ayat-ayat yang diturunkan Allah kepada rasulnya, Muhammad". Jawab Fatimah al-Khattab. "Tolong berikannya kepadaku". "Aku tidak akan memberinya kepada kamu selagi kamu dalam keadaan kotor. Aku akan menyuruh Khabbab mengajar kamu mandi di dalam Islam". kata Fatimah al-Khattab. Lalu Khabbab keluar, dan mengajarkan Umar mandi di dalam islam. Kemudian Fatimah al-Khattab membacakan surah Toha ayat 1-9. Umar tertarik lalu berkata, "Ayatnya sungguh elok dan menarik. Bolehkah kamu membawa aku berjumpa dengan Muhammad? Aku mahu memeluk islam". Lalu Khabbab berkata, "Syukur alhamdulillah. Aku pernah dengar Rasulullah berdoa, "Ya Allah ya tuhan kami, kuatkan Islam dengan adanya salah seorang yang kau cintai daripada dua orang ini iaitu Umar al-Khattab atau Amru bin Hisham". [Hadith Riwayat At-Tirmidzi]. Lalu Khabbab bin al-Aradh membawa beliau bertemu Rasulullah. Beliau sampai dan mengetuk pintu rumah Arqam bin Abi Arqam. Rasulullah s.a.w bertanya, "Siapakah diluar?". "Aku Umar". Jawab Umar. Semua yang berada dirumah itu gementar apabila mendengar nama Umar kecuali Hamzah bin Abdul Muthalib. Hamzah berkata, "Bertenang. Bukalah pintu. Jika dia datang dengan tujuan yang tidak baik. Aku sendiri aku menghadapnya". Mereka kemudian bertenang sedikit. Lalu membuka pintu supaya Umar masuk ke rumah. Hamzah berkata, "Jika engkau datang ke sini hanya untuk membunuh Muhammad, aku akan bunuh kau!". Umar diam dan tidak mengendahkan kata-kata Hamzah kemudian duduk dihadapan Rasulullah. Beliau segera mengucapkan dua kalimah syahadah. Mereka semua mengucapkan syukur dan bertakbir. Kini, Islam telah diperkuatkan dengan kehadiran Umar al-Khattab dan Hamzah bin Abdul Muthalib. 

Sunday 7 April 2013

Saidina Hamzah Bin Abdul Muthalib



Saidina Hamzah Bin Abdul Muthalib r.a
Pahlawan Terulung Sepanjang Zaman.

Nama: Hamzah Bin Abdul Muthalib Bin Hasyim Bin Manaf.
Nama Ibu: Haulah Bin Uhaib.
Tarikh Lahir: 570 Masihi bersamaan dengan kelahiran Rasulullah s.a.w.(Pada tahun Gajah).
Tempat Lahir: Dirumah Abi Thalib, Kota Mekah al-Mukarramah.
Keturunan: Bani Hasyim(Golongan Bangsawan Yang Dihormati).
Gelaran: Al-Asadullah(Singa Allah) dan Sayyidus Syuhada'(Penghulu segala syuhada).
Panggilan: Abu Umairah.
Hubungan: Bapa saudara kepada rasulullah dan adik beradik sepenyusuan baginda.
Hobi: Memanah, memburu, bermain pedang dan bergusti.
Jawatan: Komander Perang.
Perang Bersama Rasulullah: Perang Badar al-Kubro dan Perang Uhud.
Makam: Makan Syuhada' di Bukit Uhud.
Wafat: 3 Hijrah(Syahid dimedan perang).


Hamzah bin Abdul Muthalib adalah nama agung yang pernah digeruni oleh sebilangan masyarakat Arab Quraisy di zaman Jahiliyah(Sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w). Hamzah ialah panglima perang yang paling disegani sehingga tiada siapa yang mampu menandingi beliau secara berhadapan. Abdul Muthalib ialah datuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jadi, Hamzah ialah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. Hamzah lahir dikota Mekah diwaktu dan hari yang sama dengan kelahiran Rasulullah s.a.w. Beliau dilahirkan hasil daripada perkahwinan Abdul Muthalib dan Haulah bin Uhaib. Menurut riwayat, Abdul Muthalib dan Haulah dengan Abdullah dan Aminah binti Wahab berkahwin pada hari yang sama dan mendapat anak pada hari yang sama. Kisah tentang keberanian Hamzah telah terserlah semasa beliau kecil lagi. Disaat beliau pergi ke sebuah pasar bersama pembantunya juga sahabat karibnya, Umar Umaiyah. Mereka berdua ternampak suatu termahsyar di hujung pasar. Lalu mereka pergi ke situ. Apabila sampai, mereka melihat seorang jaguh gusti bernama Tahir yang sombong dan bongkak berlegar-legar diatas gelanggang. Sambil berkata, "Tiada siapakah pahlawan lelaki dikalangan Quraisy. Ataupun disini hanya ada perempuan sahaja?". Orang ramai menjadi geram tetapi hanya mampu berdiam sahaja. "Apakah yang lelaki itu bercakap?", tanya Hamzah yang tidak dapat mendengar kerana sorakan penyokong Tahir. "Dia mengatakan bahawa tiada seorang pun lelaki pahlawan Quraisy yang mampu mencabarnya". Jawab Umar Umaiyah. Hamzah menjadi berang dan berkata, "Jom kita kenakan dia". Lalu Hamzah berdiri dan berkata, "Hey orang tua yang sombong! Jika benar engkau kuat dan hebat. Marilah berlawan dengan aku!"."Engkau masih mentah dan tulangmu masih belum keras. Lebih baik engkau balik kerumah dan tidur dibawah celah ketiak ibumu" Tahir memperlekehkan Hamzah. Hamzah berang dan bercabar, "Jika engkau kuat, angkatlah kaki aku ini". Tahir menuju ke arah Hamzah dan memegang kakinya tetapi tidak dapat mengangkat kaki Hamzah. Lalu Hamzah memegang kaki Tahir dan mengangkatnya lalu menghempaskan Tahir ke tanah. Tahir mati dengan serta-merta. Orang ramai terpegun dengan Hamzah. Selain itu, Hamzah tidak dapat menunggang sebarang kuda dan busar panah. Suatu hari, Hamzah suka bermain memanah. Tetapi busarnya selalu patah. Tidak dapat menjumpai busarnya yang sesuai dengannya. Kemudian dia datang ke satu kedai senjata. Dia mencari busar yang berkenan dihatinya. Tetapi tidak dijumpai. Pekerja dikedai itu berkata, "Saya ada satu busar panah yang agak sesuai dengan tuan". Lalu pekerja itu mengeluarkan satu busar panah yang agak besar. Lalu diberikan kepada Hamzah. Hamzah mencubanya. Dia pergi ke sebuah padang yang luas. Dia meletakkan petanda di tengah padang. Dan dia sedang memcari sasaran di petanda itu. Dia melepaskan panah yang ketika itu angin sedang bertiup. Tetapi panahnya tetap mengenai sasaran malah petanda itu patah apabila terkena panahan Hamzah. Itu adalah karamah yang diberikan Allah kepada Hamzah. Dan beliau tidak dapat menaiki kuda yang biasa. Dia hanya dapat menunggang kuda yang bernama "Janggi Ishak". Dan topi nabi Hud yang mempunyai burung bulu unta ditopi.

_________________________________________________________________________________

Keislamannya.

Ibn Abi Hatim mengatakan bahawa Hamzah memiliki penampilan yang menarik dan kesukaannya adalah suka berburu.

Punca-Punca Keislamannya.

Diriwayatkan oleh ibn Abi Hatim: Satu hari Abu Jahal berjumpa dengan Rasulullah SAW dan kemudian menyakitinya, saat itu kebetulan Hamzah sedang kembali dari berburu. Dibelakangnya ada dua anak perempuan sedang bercerita: “sekiranya beliau (Hamzah) tahu apa yang dilakukan Abu Jahal terhadap anak saudaranya?”. Mendengar pembicaraan itu Hamzah melambatkan jalannya, dan bertanya kepada mereka. Apa yang sedang kamu bicarakan? Mereka menjawab: “Abu Jahal telah menyakiti Muhammad”. Mendengar hal itu rasa marahnya muncul. Dia pun pergi menemui Abu Jahal, dan terus memukul busur dan anak panahnya ke arah kepala Abu jahal, sambil berkata: “Adakah engkau mahu menyakiti Muhammad sedangkan aku berada didalam agamanya?”. Jika kamu mahu menghalangku, silakan berhadapan dengan aku”.

Menurut riwayat Ibn Ishaq, beliau berkata: “Satu hari Abu Jahal menemui Nabi Muhammad SAW di bukit Sofa, dan lantas menyakiti beliau. Baginda tidak membalas perlakuan itu. Kejadian itu diketahui oleh bekas hamba perempuan milik Abdullah ibn Jad`an. Saat Hamzah ibn Abdul Muththalib pulang dari berburu, segera ditemui oleh bekas hamba perempuan tadi dan berkata: “Wahai Abu Umarah, sekiranya kamu melihat apa yang diperbuat Abu Jahal terhadap anak saudaramu tadi? Saat Abu Jahal menyakitinya, mencacinya dan memukulnya”. Mendengar hal itu Hamzah segera pergi menemui Abu Jahal di Kota Mekah dan berjumpanya terus mengangkat busur dan menetak ke arah kepala Abu Jahal, sehingga berdarah teruk kepala Abu Jahal dipukul Hamzah.. Hamzah berkata: Wahai Abu Jahal apakah kamu masih menyakitinya sementara saya sudah memeluk agamanya, meyakini apa yang telah diyakininya? Sekarang silakan berhadapan denganku jika kamu mampu. Konco-konco Abu Jahal datang lalu berkata, "Engkau tidak apa-apakah? Adakah engkau mahu kami pukul lelaki tadi?". Abu Jahal berkata, "Adakah engkau mengenali siapa lelaki yang engkau kata engkau hendak memukulnya?". Mereka berkata, "Aku tidak tahu". Abu Jahal menerangkan, "Dia itu Hamzah bin Abdul Muthalib. Dia itu bukan sembarangan orang yang kamu fikirkan. Jika kamu hendak berlawan dengannya. Sudah pasti kamu semua akan kalah. Dia itu Singa Allah. Tidak kira berapa ramai yang datang kepadanya. Pasti akan kalah. Ramai pahlawan yang tidak sanggup berhadapan dengan Hamzah". Mereka mulai gentar. Akhirnya mereka mengakui kekuatan dan kehebatan Hamzah.

Beberapa riwayat menyebutkan: bahawa setelah kejadian itu, Hamzah pulang ke rumahnya, dia tidak bisa tidur, teringat terus perkataan yang baru diucapkannya, bagaimana mungkin dia bisa mengatakan perkataan itu? Bagaimana mungkin dia bisa meninggalkan agama nenek moyangnya? Keesokan harinya ia menemui Rasulullah SAW, mencerita kegundahan hatinya. Melihat hal itu Rasulullah SAW coba menenangkannya, sambil berusaha untuk meyakinkan tentang agama yang dibawanya, dan juga menceritakan akibat  baik dan buruknya jika dia tidak menjadi pengikutnya. Akhirnya dengan izin Allah Hamzah pun menyatakan keIslamannya. Keislaman Hamzah ini menjadi penolong bagi Islam dan kaum Muslimin saat itu. Sehingga tekanan dari Kafir Quraisy sedikit berkurang terhadap Rasulullah dan para sahabatnya.

Keperibadian Hamzah.
1) Beliau berasal daripada keturunan Arab Quraisy yang sangat dihormati dan disegani oleh masyarakat Arab. Tetapi beliau tetap menjaga tingkah laku. Tidak terbabit dengan adab jahiliyyah yang suka berzina dan berfoya-foya.
2) Seorang yang cekal hati dan pantas bertindak yang menyebabkan Rasulullah memilihnya sebagai panglima perang.
3) Keberaniannya, 
  • Memukul kepala Abu Jahal dengan busurnya sehingga bengkak dan berdarah.
  • Dicabar perang tanding di dalam perang Badar dan dapat mengalahkan lawannya dengan mudah.

yuugygkug