Sunday, 7 April 2013

Saidina Hamzah Bin Abdul Muthalib



Saidina Hamzah Bin Abdul Muthalib r.a
Pahlawan Terulung Sepanjang Zaman.

Nama: Hamzah Bin Abdul Muthalib Bin Hasyim Bin Manaf.
Nama Ibu: Haulah Bin Uhaib.
Tarikh Lahir: 570 Masihi bersamaan dengan kelahiran Rasulullah s.a.w.(Pada tahun Gajah).
Tempat Lahir: Dirumah Abi Thalib, Kota Mekah al-Mukarramah.
Keturunan: Bani Hasyim(Golongan Bangsawan Yang Dihormati).
Gelaran: Al-Asadullah(Singa Allah) dan Sayyidus Syuhada'(Penghulu segala syuhada).
Panggilan: Abu Umairah.
Hubungan: Bapa saudara kepada rasulullah dan adik beradik sepenyusuan baginda.
Hobi: Memanah, memburu, bermain pedang dan bergusti.
Jawatan: Komander Perang.
Perang Bersama Rasulullah: Perang Badar al-Kubro dan Perang Uhud.
Makam: Makan Syuhada' di Bukit Uhud.
Wafat: 3 Hijrah(Syahid dimedan perang).


Hamzah bin Abdul Muthalib adalah nama agung yang pernah digeruni oleh sebilangan masyarakat Arab Quraisy di zaman Jahiliyah(Sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w). Hamzah ialah panglima perang yang paling disegani sehingga tiada siapa yang mampu menandingi beliau secara berhadapan. Abdul Muthalib ialah datuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jadi, Hamzah ialah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. Hamzah lahir dikota Mekah diwaktu dan hari yang sama dengan kelahiran Rasulullah s.a.w. Beliau dilahirkan hasil daripada perkahwinan Abdul Muthalib dan Haulah bin Uhaib. Menurut riwayat, Abdul Muthalib dan Haulah dengan Abdullah dan Aminah binti Wahab berkahwin pada hari yang sama dan mendapat anak pada hari yang sama. Kisah tentang keberanian Hamzah telah terserlah semasa beliau kecil lagi. Disaat beliau pergi ke sebuah pasar bersama pembantunya juga sahabat karibnya, Umar Umaiyah. Mereka berdua ternampak suatu termahsyar di hujung pasar. Lalu mereka pergi ke situ. Apabila sampai, mereka melihat seorang jaguh gusti bernama Tahir yang sombong dan bongkak berlegar-legar diatas gelanggang. Sambil berkata, "Tiada siapakah pahlawan lelaki dikalangan Quraisy. Ataupun disini hanya ada perempuan sahaja?". Orang ramai menjadi geram tetapi hanya mampu berdiam sahaja. "Apakah yang lelaki itu bercakap?", tanya Hamzah yang tidak dapat mendengar kerana sorakan penyokong Tahir. "Dia mengatakan bahawa tiada seorang pun lelaki pahlawan Quraisy yang mampu mencabarnya". Jawab Umar Umaiyah. Hamzah menjadi berang dan berkata, "Jom kita kenakan dia". Lalu Hamzah berdiri dan berkata, "Hey orang tua yang sombong! Jika benar engkau kuat dan hebat. Marilah berlawan dengan aku!"."Engkau masih mentah dan tulangmu masih belum keras. Lebih baik engkau balik kerumah dan tidur dibawah celah ketiak ibumu" Tahir memperlekehkan Hamzah. Hamzah berang dan bercabar, "Jika engkau kuat, angkatlah kaki aku ini". Tahir menuju ke arah Hamzah dan memegang kakinya tetapi tidak dapat mengangkat kaki Hamzah. Lalu Hamzah memegang kaki Tahir dan mengangkatnya lalu menghempaskan Tahir ke tanah. Tahir mati dengan serta-merta. Orang ramai terpegun dengan Hamzah. Selain itu, Hamzah tidak dapat menunggang sebarang kuda dan busar panah. Suatu hari, Hamzah suka bermain memanah. Tetapi busarnya selalu patah. Tidak dapat menjumpai busarnya yang sesuai dengannya. Kemudian dia datang ke satu kedai senjata. Dia mencari busar yang berkenan dihatinya. Tetapi tidak dijumpai. Pekerja dikedai itu berkata, "Saya ada satu busar panah yang agak sesuai dengan tuan". Lalu pekerja itu mengeluarkan satu busar panah yang agak besar. Lalu diberikan kepada Hamzah. Hamzah mencubanya. Dia pergi ke sebuah padang yang luas. Dia meletakkan petanda di tengah padang. Dan dia sedang memcari sasaran di petanda itu. Dia melepaskan panah yang ketika itu angin sedang bertiup. Tetapi panahnya tetap mengenai sasaran malah petanda itu patah apabila terkena panahan Hamzah. Itu adalah karamah yang diberikan Allah kepada Hamzah. Dan beliau tidak dapat menaiki kuda yang biasa. Dia hanya dapat menunggang kuda yang bernama "Janggi Ishak". Dan topi nabi Hud yang mempunyai burung bulu unta ditopi.

_________________________________________________________________________________

Keislamannya.

Ibn Abi Hatim mengatakan bahawa Hamzah memiliki penampilan yang menarik dan kesukaannya adalah suka berburu.

Punca-Punca Keislamannya.

Diriwayatkan oleh ibn Abi Hatim: Satu hari Abu Jahal berjumpa dengan Rasulullah SAW dan kemudian menyakitinya, saat itu kebetulan Hamzah sedang kembali dari berburu. Dibelakangnya ada dua anak perempuan sedang bercerita: “sekiranya beliau (Hamzah) tahu apa yang dilakukan Abu Jahal terhadap anak saudaranya?”. Mendengar pembicaraan itu Hamzah melambatkan jalannya, dan bertanya kepada mereka. Apa yang sedang kamu bicarakan? Mereka menjawab: “Abu Jahal telah menyakiti Muhammad”. Mendengar hal itu rasa marahnya muncul. Dia pun pergi menemui Abu Jahal, dan terus memukul busur dan anak panahnya ke arah kepala Abu jahal, sambil berkata: “Adakah engkau mahu menyakiti Muhammad sedangkan aku berada didalam agamanya?”. Jika kamu mahu menghalangku, silakan berhadapan dengan aku”.

Menurut riwayat Ibn Ishaq, beliau berkata: “Satu hari Abu Jahal menemui Nabi Muhammad SAW di bukit Sofa, dan lantas menyakiti beliau. Baginda tidak membalas perlakuan itu. Kejadian itu diketahui oleh bekas hamba perempuan milik Abdullah ibn Jad`an. Saat Hamzah ibn Abdul Muththalib pulang dari berburu, segera ditemui oleh bekas hamba perempuan tadi dan berkata: “Wahai Abu Umarah, sekiranya kamu melihat apa yang diperbuat Abu Jahal terhadap anak saudaramu tadi? Saat Abu Jahal menyakitinya, mencacinya dan memukulnya”. Mendengar hal itu Hamzah segera pergi menemui Abu Jahal di Kota Mekah dan berjumpanya terus mengangkat busur dan menetak ke arah kepala Abu Jahal, sehingga berdarah teruk kepala Abu Jahal dipukul Hamzah.. Hamzah berkata: Wahai Abu Jahal apakah kamu masih menyakitinya sementara saya sudah memeluk agamanya, meyakini apa yang telah diyakininya? Sekarang silakan berhadapan denganku jika kamu mampu. Konco-konco Abu Jahal datang lalu berkata, "Engkau tidak apa-apakah? Adakah engkau mahu kami pukul lelaki tadi?". Abu Jahal berkata, "Adakah engkau mengenali siapa lelaki yang engkau kata engkau hendak memukulnya?". Mereka berkata, "Aku tidak tahu". Abu Jahal menerangkan, "Dia itu Hamzah bin Abdul Muthalib. Dia itu bukan sembarangan orang yang kamu fikirkan. Jika kamu hendak berlawan dengannya. Sudah pasti kamu semua akan kalah. Dia itu Singa Allah. Tidak kira berapa ramai yang datang kepadanya. Pasti akan kalah. Ramai pahlawan yang tidak sanggup berhadapan dengan Hamzah". Mereka mulai gentar. Akhirnya mereka mengakui kekuatan dan kehebatan Hamzah.

Beberapa riwayat menyebutkan: bahawa setelah kejadian itu, Hamzah pulang ke rumahnya, dia tidak bisa tidur, teringat terus perkataan yang baru diucapkannya, bagaimana mungkin dia bisa mengatakan perkataan itu? Bagaimana mungkin dia bisa meninggalkan agama nenek moyangnya? Keesokan harinya ia menemui Rasulullah SAW, mencerita kegundahan hatinya. Melihat hal itu Rasulullah SAW coba menenangkannya, sambil berusaha untuk meyakinkan tentang agama yang dibawanya, dan juga menceritakan akibat  baik dan buruknya jika dia tidak menjadi pengikutnya. Akhirnya dengan izin Allah Hamzah pun menyatakan keIslamannya. Keislaman Hamzah ini menjadi penolong bagi Islam dan kaum Muslimin saat itu. Sehingga tekanan dari Kafir Quraisy sedikit berkurang terhadap Rasulullah dan para sahabatnya.

Keperibadian Hamzah.
1) Beliau berasal daripada keturunan Arab Quraisy yang sangat dihormati dan disegani oleh masyarakat Arab. Tetapi beliau tetap menjaga tingkah laku. Tidak terbabit dengan adab jahiliyyah yang suka berzina dan berfoya-foya.
2) Seorang yang cekal hati dan pantas bertindak yang menyebabkan Rasulullah memilihnya sebagai panglima perang.
3) Keberaniannya, 
  • Memukul kepala Abu Jahal dengan busurnya sehingga bengkak dan berdarah.
  • Dicabar perang tanding di dalam perang Badar dan dapat mengalahkan lawannya dengan mudah.

yuugygkug

1 comment:

  1. Ford edge titanium for sale, find out how you can make some
    The titanium exhaust tips original Ford edge titanium is ford escape titanium for sale a classic and classic razor for titanium vs ceramic flat iron the razor. You mens titanium wedding rings can take a look at the design of the blade, 2018 ford fusion hybrid titanium

    ReplyDelete