Saidina Umar al-Khattab r.a
Pentadbir Yang Ulung.
Pentadbir Yang Ulung.
Nama Sebenar: Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Abdillah bin Qarth bin Razaah bin Adi bin Kaab.
Nama Ibu: Hantamah binti al-Harith.
Gelaran: Al-Faruq.
Panggilan. Abu Hafsin.
Keturunan: Arab Quraisy dari suku Bani Adi.
Tarikh Lahir: 584 Masihi. 13 tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Tarikh lantikan khalifah: 634 Masihi.
Tempoh lantikan: 10 tahun 3 bulan.
Tarikh M/Dunia: 23 Hijrah bersamaan 644 Masihi. 63 tahun.
Umar al-Khattab dan Khalid al Walid.
Umar al-Khattab dan Khalid bin al-Walid adalah nama panglima agung di dunia. Sesiapa yang terdengar nama Umar al-Khattab. Maka bersembunyilah dia didalam rumah. Sesiapa yang terdengar nama Khalid al-Walid. Maka beliau ketahuilah bertapa dashyatnya Khalid al-Walid. Umar dengan Khalid ialah sepupu kerana Lababah binti al-Harith(Ibu Khalid) adalah adik kandung kepada Hantamah binti al-Harith(Ibu Umar). Semasa kecil-kecil dahulu, Umar dan Khalid adalah pemuda yang paling gagah. Umar dan Khalid selalu bergusti. Tetapi Khalid selalu menang. Adapun Umar menang tetapi hany sekali. Umar al-Khattab berjiwa tegas. Berjiwa pemimpin. Dan orang yang boleh memisahkan antara Zahir dengan Batin. Khalid adalah pahlawan islam yang terunggul. Digelar Saifullah atas sifatnya yang berani, lemah lembut, pantang dicabar dan penyabar. Khalid dan Umar adalah sebaya. Ada riwayat yang mengatakan bahawa rupa paras, tubuh badan dan ketinggian Umar dan Khalid sama sampai ada yang keliru tentang mereka berdua. Jadi kesimpulan daripada kisah ini, Umar al-Khattab dan Khalid al-Walid daripada sebuah keluarga dan mereka adalah sepupu. Bezanya Umar daripada bani Adi dan Khalid daripada bani Makhzum.
Keislaman Umar.
Umar al-Khattab adalah panglima dan bangsawan juga pembesar besar di Mekah yang terkenal di negara Arab dengan keberaniannya. Beliau sangat memusuhi Islam. Beliau yang menjaga masyarakat Jahiliyah di zamannya. Dan pantang dicabar. Pada suatu hari, Abu Jahal dan rakan-rakannya semakin hari semakin kusut dengan Nabi Muhammad. Jadi mereka pun berbincang. "Sesiapa yang berjaya membunuh Muhammad, aku akan hadiahkan 100 ekor unta dan 1000 dinar kepadanya". kata Abu Jahal. "Tetapi, siapakah yang berani membunuh Muhammad? Sedangkan ramai pahlawan yang kita upah untuk membunuh Muhammad tetapi gagal" kata salah seorang daripada kawan Abu Jahal, Abu Sufian bin Harb. "Aku mencadangkan anak al-Khattab" kata Abu Jahal. "Maksud engkau, Umar?". "Ya, dia seorang yang berani". Jawab Abu Jahal. "Aku bersetuju" balas rakan-rakannya yang lain. Keesokkan harinya, mereka semua mahu bertemu Umar dan mengatakan hal yang demikian. Dan Umar bersetuju. Maka Umar mengambil pedangnya dan bertanya, "Dimanakah si durjana itu?". "Beliau ada dirumah Arqam bin Abi Arqam di bukit Safa". "Aku akan membawa kepalanya kepada kamu!". Lalu, Umar pergi ke menuju kerumah Arqam bin Abi Arqam dengan pedangnya yang terhunus. Dipertengahan jalan beliau terserempak dengan Nu'aim bin Mas'ud dan betanya, "Kemanakah kamu hendak pergi, anak al-Khattab?". "Aku mahu membunuh Muhammad. Jangan engkau masuk campur hal urusan aku!" tengking Umar. "Adakah engkau fikir bahawa kaum kerabatnya akan berdiam diri dan berpangku tangan?" balas Nu'aim. Umar terdiam sebentar, dia tahu kemungkinan bapa saudaranya Hamzah takkan membiarkan dia hidup senang-lenang selepas membunuh Muhammad. Dalam beberapa ketika, dia bersuara semula. "Tiada sesiapa yang dapat menghalang aku. Sekiranya engkau mahu menghalang aku. Engkau akan kubunuh!" marah Umar sambil pedangnya terhunus. Ternyata ego Umar amat tinggi. "Sekiranya aku dan Muhammad engkau mahu bunuh. Mengapa kamu tidak membunuh adikmu, Fatimah dan suaminya? Adakah kamu tidak menjaga adikmu sendiri?". "Adakah adikku dan suaminya telah memeluk agama Muhammad?" tanya Umar kehairanan. "Ya, malahan tanpa pengetahuan kamu". Lalu Umar meninggalkan Nu'aim dan pergi menuju kerumah Fatimah binti al-Khattab. Dia mengetuk pintu rumah dengan kuat. Fatimah yang sedang membaca al-Quran terkejut dan bertanya, "Siapakah yang berada diluar?". "Aku, abangmu". Mereka semua terkejut dengan kehadiran Umar al-Khattab. Khabbab bin al-Aradh menyorok. Said bin Zaid membuka pintu. Adakah kamu berdua telah memeluk agama Muhammad? Tanya Umar. Lalu Umar memukul kepala Said bertubi-tubi dan kuat. Fatimah tidak berdiam diri apabila melihat suaminya dipukul. Dia cuba meleraikan tetapi dia kepalanya pula dipukul oleh Umar sehingga berdarah. Umar melihat ada tulisan al-Quran yang dicatat berada di tangan adiknya. Lalu beliau bertanya, "Apakah yang kamu pegang itu wahai Fatimah?. Aku memegang ayat-ayat yang diturunkan Allah kepada rasulnya, Muhammad". Jawab Fatimah al-Khattab. "Tolong berikannya kepadaku". "Aku tidak akan memberinya kepada kamu selagi kamu dalam keadaan kotor. Aku akan menyuruh Khabbab mengajar kamu mandi di dalam Islam". kata Fatimah al-Khattab. Lalu Khabbab keluar, dan mengajarkan Umar mandi di dalam islam. Kemudian Fatimah al-Khattab membacakan surah Toha ayat 1-9. Umar tertarik lalu berkata, "Ayatnya sungguh elok dan menarik. Bolehkah kamu membawa aku berjumpa dengan Muhammad? Aku mahu memeluk islam". Lalu Khabbab berkata, "Syukur alhamdulillah. Aku pernah dengar Rasulullah berdoa, "Ya Allah ya tuhan kami, kuatkan Islam dengan adanya salah seorang yang kau cintai daripada dua orang ini iaitu Umar al-Khattab atau Amru bin Hisham". [Hadith Riwayat At-Tirmidzi]. Lalu Khabbab bin al-Aradh membawa beliau bertemu Rasulullah. Beliau sampai dan mengetuk pintu rumah Arqam bin Abi Arqam. Rasulullah s.a.w bertanya, "Siapakah diluar?". "Aku Umar". Jawab Umar. Semua yang berada dirumah itu gementar apabila mendengar nama Umar kecuali Hamzah bin Abdul Muthalib. Hamzah berkata, "Bertenang. Bukalah pintu. Jika dia datang dengan tujuan yang tidak baik. Aku sendiri aku menghadapnya". Mereka kemudian bertenang sedikit. Lalu membuka pintu supaya Umar masuk ke rumah. Hamzah berkata, "Jika engkau datang ke sini hanya untuk membunuh Muhammad, aku akan bunuh kau!". Umar diam dan tidak mengendahkan kata-kata Hamzah kemudian duduk dihadapan Rasulullah. Beliau segera mengucapkan dua kalimah syahadah. Mereka semua mengucapkan syukur dan bertakbir. Kini, Islam telah diperkuatkan dengan kehadiran Umar al-Khattab dan Hamzah bin Abdul Muthalib.

No comments:
Post a Comment